Showing posts with label Current Issue. Show all posts
Showing posts with label Current Issue. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

Cycling To London Olympics

Wishing all the best to Cikgu Adnan.We salute u...

Flagging off at Taman Jaya, PJ

At Jalan Bangsar... on the way to Rawang

Pic taken from NST Online

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Datang Lagi

Syukur ke hadrat Allah swt kerana kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini. Kepada seluruh rakan-rakan yang beragama Islam, saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan menikmati limpahan barakah dan nikmat di bulan mulia ini.

Monday, June 21, 2010

Good Bye Pudu Jail


Tatkala coretan ini ditaip, saya rasa kerja-kerja merobohkan tinggalan sejarah ini telah pun dimulakan. Memang sedih, tapi kita tidak boleh maju dengan kenangan saja. Sesekali kita mengenang sesuatu adalah lebih manis daripada hari-hari melihat kenangan itu.

Baca lebih lanjut mengenai sejarah Penjara Pudu di SINI.

Saturday, June 12, 2010

Dah Mula Dahhhhh.....

To tall football fans out there, have fun....

Wednesday, June 02, 2010

For Gaza


Sunday, September 21, 2008

Roti John

Gambar hiasan

Sekarang ni nak cari orang jual lauk dan kueh melayu sangat kurang. Yang banyak Roti John... Roti John dan Roti John...

Monday, September 15, 2008

16 Sep 2008

To all soldiers and ex-soldiers out there....


Selamat Menyambut Hari Angkatan Tentera

relek la....jangan risau, askar kan aderr

Sunday, June 15, 2008

Saturday, March 08, 2008

The Tribe Has Spoken!

I'd like to dedicate this special song to all outgoing BN MPs and ADUNs...terimalah....

Izinkan Ku Pergi (Kaer)

Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

(Korus)
Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

(Ulang korus)

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi

Thursday, October 11, 2007

Kenapa boleh jadi macam ni?

Nak balik raya, jalan sepatutnya jam. Tapi pagi tadi, clear ajer. Tak pernah macam ni. Barulah sonok balik kampung.

Wednesday, October 10, 2007

Bon Voyage

From left: Dr Sheikh Muzafar, Yuri Malanchenko and Peggy Whitson

Go...go...go... and make us proud. Do me a favour....hari raya nanti pakai samping dengan space suit tu.. ada brani ka?

Read more HERE

Thursday, July 26, 2007

Kalaulah mereka datang


Kalaulah mereka datang
Dah tentu ramai yang tak sedar diri
Mungkin ramai yang ambik cuti
Kalau tak pun ambik MC
Tergedik-gedik di airport macam beruk mabuk todi
Menyambut mat salleh yang tak mandi pagi

Kalaulah mereka datang
Dah tentu kita akan diratah
Piala Asia pun kita dah mengah
Paling kurang 5 gol kita akan dibelasah
Lepas tu pasti ramai yang akan melatah
Tunjuk sana sini mencari salah

Kalaulah mereka datang
Mamak-mamak pasti bergembira
Kerana teh tarik laku berliter-liter
Bermodalkan skrin besar dipinggir jalanraya
Hati akan sedih tidak terkata
Melihat pasukan negara kita berputih mata
Di'jajah' kembali oleh mat salleh durjana
Diambang menyambut perayaan 50 tahun merdeka

Phewww...nasib baiklah diorang tak jadi datang!

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Friday, May 18, 2007

Surat Terbuka Untuk Kerajaan Malaysia

Saya terpanggil untuk memberikan pandangan mengenai dilema yang sedang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai kedatangan pasukan bolasepak tersohor di dunia, Manchester United (Man U) sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2007) dan Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-50.

Pada pendapat saya, janganlah kita terlalu taksub dengan perlawanan persahabatan tersebut walaupun ianya akan terbukti meletakkan FAM diambang tindakan keras oleh AFC. Jika dilihat dari sudut patriotik, saya tidak nampak kewajarannya sebuah pasukan bolasepak dari negara yang pernah menjajah negara kita dahulu dibawa masuk disaat-saat kita menyambut hari kemerdekaan yang sangat gilang gemilang itu nanti.

Saya khuatir perlawanan bolasepak itu nanti akan memberikan gambaran seolah-olah negara kita akan dijajah semula akibat daripada gol-gol kemenangan daripada pasukan dari negara penjajah tersebut.

Melainkan kita dapat pastikan pasukan pilihan negara dapat sudah bersedia dan kuat untuk mengalahkan pasukan penjajah itu, saya berpendapat undangan kepada pasukan Man U haruslah dikaji semula.

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Cheers!