Wednesday, August 30, 2006

Selamat Hari Merdeka!

Malam tadi, bebudak ni mintak bendera. Mana nak cekau bendera malam-malam. Pergi Petronas, tak de. 7-11 pun tak de. Sudahnya, print dengan computer dan tampal kat chop-stick. Topi bendera yang diorang pakai tu pun cikgu buat bisnes...jual sehengget kat bebudak. Hampeh :-P

Monday, August 28, 2006

Rumput Baru

Before

After

Seronok tanam rumput. Tanam rumput sekarang bukan macam dulu-dulu....main tampal ajer. Macam pasang tile carpet. Lagipun, rumput jenis mutiara ni bukannya boleh spot turfing sebab dia tumbuh lambat...bertahun pun tak penuh laman.

Tuesday, August 22, 2006

Happy Birthday, Bapak

Allahyarham Hj Nordin Saad.
22 Ogos 1938 - 31 Jan 2002.

~AL-FATIHAH~

Sunday, August 20, 2006

Pergola

A pergola, as seen at Guoman Resort, Port Dickson.

From Wikipedia

A pergola is a garden feature forming a shaded walk or passageway of pillars that support cross beams and a sturdy open lattice, upon which woody vines are trained. It may also be part of a builiding, as protection for an open terrace. The origin of the word is the Late Latin pergula, referring to a projecting eave. The term was borrowed for English from Italian, mentioned in an Italian context in 1645 and used in an English context in 1675,

Pergolas may link pavilions, may extend from a building's door to an open garden feature such as an isolated terrace or pool, or may be entirely free-standing structures shading a length of walkway.

Thursday, August 17, 2006

Pokok Ajaib?

Sunday, August 06, 2006

Licensed to Drill

Hahahaha...rumah aku, aku punya suka nak drill kat mana. Pasang lampu, kipas, curtain rails dan macam macam lagi. Nak upah orang, diaorang charge RM7 satu lampu, kipas RM10. Baik aku buat sendiri. Sehari suntuk buat benda ni...puas. Puas mendongak.

Saturday, August 05, 2006

DIY-Working with Pine





















I like Pine. Its texture is so beautiful and smells good. Working with pine also is not as difficult as other materials. The pics shown above are among my earliest woodworking projects with pine. They were originally packing pallettes for the ATC equipment imported from overseas which I got them during my Kerteh Airport Project two years ago.

Thursday, August 03, 2006

Food Court Pantai Bersih

Dulu tempat ni la tempat kami melepak malam-malam. Order teh tarik dan cucoq, sembang-sembang sambil tengok gelagat mat dan minah karaoke menyanyi atas stage kat depan tu. Satu lagu RM3. Bila tak de orang, DJ tu pi pangge mamat jual satay yang suaranya macam Awie....ataupun akak jual nasik ayam kat belah kiri tu....yang menyanyi sambil berdiri tegak. Yang bergerak hanyalah bibirnya aja. Betul betul macam pondok telepon. Ataupun Mat Ikan Bandaraya, sebab dia nyanyi sambil melekap kat dinding. Sambil makan, kena jeling-jeling bawah meja, kot-kot tikuih besaq kucin melintaih. Kat sini jugak fav place arwah bapak bila dia mai ke Bagan.

Selepas 4 tahun, ini lah pertama kali aku balik ke sini semula. Kini semuanya dah tak ada, arwah bapak dan jugak tempat ini.

Tuesday, August 01, 2006

Doa Qunut Nazilah

Ya Allah, hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik itu. Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami, musuh-musuhMu, dan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah, muliakanlah agama Islam dan kaum muslimin. Rapatkanlah tali kasih sayang dalam sanubari mereka dan perbaikilah hubungan kekeluargaan diantara mereka serta berilah pertolongan kepada mereka dalam melawan musuh-musuhMu dan musuh-musuh kaum muslim.