
Kalau orang lain makan nasi minyak/beriyani pada hari Jumaat, hari Jumaat adalah hari asam pedas pada aku. Restoran Asam Pedas Melaka ni terletak di Food Court UNITEN, bersebelahan dengan Masjid UNITEN. Memang kalau aku sembahyang Jumaat kat masjid tu, Asam Pedas ni memang la takkan aku miss. Or let me rephrase... aku sengaja pilih masjid ni sebab boleh pekena Asam Pedas kat food court sebelahnya. Asam pedas ni memang kaww...kalau pekena sebelum sembahyang, masa dengar khutbah nanti perut rasa pedih ajer. Ada macam-macam lauk asam pedas, ikan jenahak (mcm dalam gambar), ikan pari, ikan sembilang (my fav.) ikan susu, tetel dan ikan kembung.
wowwwww!!!my fav asam pedas..nyum nyum
ReplyDeletehuuii sedap nya...
ReplyDelete