Saturday, June 24, 2006

Germany 2006

Biar apa orang nak buat, Aiman tak kesah. Diaorang tak nak tidur malam ker, nak tengok bola sampai subuh ker, lantak la. Nak buat camna, I tak minat tengok football....lebih baik tengok netball, lagi best. Mengadap depan TV 90 minit nak tengok aksi-aksi dan setakat sebijik dua gol rasanya tak berbaloi. Bukannya apa.....tak sabar. Bolasepak Malaysia lagi la waste of time. Kalau peruntukan bola tu disalurkan pada sukan lain, entah berapa banyak medal olympic kita boleh bawak balik. Eh, jangan la mare....siapa yang minat tu, pegi la tengok, aku tak larang.

Tapi walaubagaimanapun, sempena dengan musim bola ni, aku cuba-cuba jugak lukis gambar sorang football star, you know who. Aku bukannya tak nak lukis Beckham atau Kaka, tapi aku rasa muka Ronaldinho ni senang sikit nak lukis dan artistic, especially kat gigi dan rambut dia tu. Lagipun ini aku punya first attemp lukis potrait in colour. To play safe, aku guna Faber Caster Water Colour Pencil. Tak berani guna water colour betul lagi. Lukis potrait ni susah, kalau salah tarik memang tak de mahap.

No comments:

Post a Comment