Monday, May 31, 2010

Sentiasa Di Angkasa Raya


Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sempena hari yang penuh bermakna ini, saya ingin merakamkan seribu penghargaan seluruh warga TUDM di atas segala usaha tuan-tuan dan puan-puan di dalam mempertahankan kedaulatan dan segala kepentingan negara dengan menentukan tahap kesiagaan operasi TUDM sentiasa berada ditahap yang tinggi. Usaha dan komitmen daripada segenap peringkat di dalam TUDM perlu bagi menentukan kesinambungan TUDM sebagai satu institusi yang kukuh, unggul dan terus membangunkan sejajar dengan arus modenisasi.

Sesungguhnya TUDM harus menjadi sebuah organisasi yang dominan dan disegani di rantau ini dengan keupayaan kuasa udara yang efektif bagi memastikan kedaulatan ruang udara terjamin daripada dicerobohi oleh pihak luar.

Bagi mereka yang telah bersara dari TUDM, mereka masih lagi merupakan aset dan diharap boleh terus menyumbang bakti kepada negara di dalam apa jua cara melalui kepakaran yang telah mereka ceburi.

Kepada yang telah gugur, marilah kita sama-sama berdoa agar roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh, insyallah.

Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga TUDM yang telah bekerja bertungkus lumus dengan sepenuh hati dalam memastikan keamanan negara yang kita cintai ini. Saya harap semangat kental dan kegigihan yang telah tuan-tuan dan puan-puan pamirkan akan terus kekal dan dipertingkatkan lagi. Selamat menyambut hari ulangtahun tudm ke-52.

Sekian. Wabillahi taufik walhidayah wassalammu’alaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

"SENTIASA DI ANGKASA RAYA"

No comments:

Post a Comment