Sunday, July 30, 2006

Farewell Lagi

Apa nak jadi dengan kompeni ni. Sorang demi sorang dah angkat kaki. Lepas Mazia, Kaas, Aiman and Zaifu, kali ni Mej Shuhaimi pulak. Macam kapal nak karam.

Mej Shuhaimi mula aku kenali pada tahun 1993 semasa sama-sama bekerja dalam satu ofis di Mindef dulu. Dia tak pernah mementingkan protokol dan pangkat dan sangat praktikal. Tak perlu presentation panjang berjela, tak perlu report panang-panjang....straight forward ajer. Short and sharp. Asalnya pun sama tempat dengan aku, Ipoh. Aku hormat dia sebagai abang dan seorang yang senior dalam service, baik semasa dalam TUDM dulu mahupun di Sapura. Dia jugak pelopor kepada kompeni aku sekarang dengan business yang dibawaknya. Dia jugak yang bertanggungjawab membawa aku masuk ke dalam kompeni bertuah ni.

Aku tak pasti sebab sebenar mengapa dia nak berenti, tapi aku percaya impaknya pada kompeni dan pada diri aku especially, bukannya kecik. Apapun, aku ucapkan selamat maju jaya, semoga Allah murahkan rezeki di luar sana.

Dalam banyak-banyak hal, aku cuma terasa ralat satu perkara aja....aku tak berkesempatan bekerja directly under dia. Aku mintak maaf, Mi. Maybe next time, insyallah ;-)

Aku dah penat kasi farewell kat orang, so....lepas ni giliran siapa pulak?

No comments:

Post a Comment