Friday, August 31, 2012

Lagu Ketahanan Rakyat

Hari ini saya nak bawak perhatian pembaca blog ini kepada sebuah lagu tema hari kebangsaan yang sangat saya gemari sehingga kini. Lagu Ketahanan Rakyat. Mula diperkenalkan pada sambutan Hari Kemerdekaan 1976 yang mengambil nama sempena dengan tema pada tahun tersebut iaitu Ketahanan Rakyat.

Lagu ini dicipta oleh Allahyarham Cikgu Abd Hamid Baharuddin yang kebetulannya adalah bapa saudara saya sendiri. Saya pernah bertemu dengan beliau secara peribadi di tahun 1970-an ketika beliau berkunjung ke rumah saya dan sempat mengajar saya membaca nota sambil bermain skor musiknya yang berjodol Suasana Pagi. Skor musiknya telah pun hilang, namun lagu tersebut masih saya ingati dan dapat bermainnya dengan baik sehingga kini. Itulah guru musik saya yang pertama (dan terakhir).

Dengar lagu Ketahanan Rakyat...



Rakyat Malaysia bersatu
Teguh di dalam barisan
Gagah berani perkasa
Sa
nggup menentang musuh

Rakyat Malaysia bersatu
Teguh di dalam barisan
Gagah berani perkasa
Tabah hati pahlawan

Chorus:
Kami rakyat Malaysia
Yang mempertahankan negara
Kedaulatan abadi
Kemerdekaan sejati

Kami rakyat Malaysia
Yang mempertahankan negara
Kedaulatan abadi
Negara kita tetap berjaya

Rakyat Malaysia bersatu
Teguh di dalam barisan
Gagah berani perkasa
Tabah hati pahlawan

No comments:

Post a Comment