Saya terpanggil untuk memberikan pandangan mengenai dilema yang sedang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai kedatangan pasukan bolasepak tersohor di dunia, Manchester United (Man U) sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2007) dan Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke-50.Pada pendapat saya, janganlah kita terlalu taksub dengan perlawanan persahabatan tersebut walaupun ianya akan terbukti meletakkan FAM diambang tindakan keras oleh AFC. Jika dilihat dari sudut patriotik, saya tidak nampak kewajarannya sebuah pasukan bolasepak dari negara yang pernah menjajah negara kita dahulu dibawa masuk disaat-saat kita menyambut hari kemerdekaan yang sangat gilang gemilang itu nanti.
Saya khuatir perlawanan bolasepak itu nanti akan memberikan gambaran seolah-olah negara kita akan dijajah semula akibat daripada gol-gol kemenangan daripada pasukan dari negara penjajah tersebut.
Melainkan kita dapat pastikan pasukan pilihan negara dapat sudah bersedia dan kuat untuk mengalahkan pasukan penjajah itu, saya berpendapat undangan kepada pasukan Man U haruslah dikaji semula.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Cheers!

Walaupun diri ini peminat MU, saya menyokong 100% pendapat saudara..
ReplyDeleteTindakan itu bakal mengundang satu fenomena baru di negara kita..
Ampun Tuanku!
aku akan tetap ke stadium bukit jalil samada untuk tengok pelawanan itu ataupun buat tunjuk perasaan beramai-ramai ....
ReplyDeleteAzeel....engkau ni selanyaknya dinyahkan saja dari Tanah Melayu ni...kakakaka
ReplyDelete