Dulu tempat ni la tempat kami melepak malam-malam. Order teh tarik dan cucoq, sembang-sembang sambil tengok gelagat mat dan minah karaoke menyanyi atas stage kat depan tu. Satu lagu RM3. Bila tak de orang, DJ tu pi pangge mamat jual satay yang suaranya macam Awie....ataupun akak jual nasik ayam kat belah kiri tu....yang menyanyi sambil berdiri tegak. Yang bergerak hanyalah bibirnya aja. Betul betul macam pondok telepon. Ataupun Mat Ikan Bandaraya, sebab dia nyanyi sambil melekap kat dinding. Sambil makan, kena jeling-jeling bawah meja, kot-kot tikuih besaq kucin melintaih. Kat sini jugak fav place arwah bapak bila dia mai ke Bagan.Selepas 4 tahun, ini lah pertama kali aku balik ke sini semula. Kini semuanya dah tak ada, arwah bapak dan jugak tempat ini.

No comments:
Post a Comment